Rabu, September 11, 2013

SAMBUTAN AMBANG 56 TAHUN KEMERDEKAAN (MALAYSIA BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU)


Assalamualaikum,Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia......
Belum terlambat nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN untuk negara kita negara MALAYSIA.
Tanggal 30 Ogos yang lepas kami warga Sk Meranek telah menyambut ambang kemerdekaan.Bermacam-macam aktiviti yang telah dijalankan untuk menjayakan sambutan tersebut.Salah satunya pertandingan pakaian beragam.Yang lebih meriah apabila pertandingan Senamrobik antara kelas.Sungguh bersemangat pelajar-pelajar bersenam untuk mendapat gelaran juara.Tidak lupa juga pertandingan mewarna untuk semua murid.














Sungguh comel anak-anak merdeka mempergayakan pakaian bertemakan Kemerdekaan.Kredit la kepada ibu bapa mereka yang telah bersusah payah menyiapkan pakaian untuk anak mereka.Memang unik dan kreatif.

**SELAMAT MENYAMBUT HARI 1 MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER NANTI.



SEKITAR MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Alhamdulillah hari ini hari kedua pelajar Tahun 6 menduduki UPSR.Semoga pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang.Jom layan gambar......











Semoga keikhlasan tenaga guru mencurahkan ilmu dapat dihargai oleh pelajar dengan mengharumkan nama sekolah SK Meranek.InsyaAllah.

Isnin, September 09, 2013

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2013

Selamat menduduki UPSR kepada semua murid Tahun 6...diiringi doa agar beroleh kejayaan dan mengharumkan nama SK Meranek....

Khamis, Februari 14, 2013

Salam 2013...
Sudah masuk bulan Februari sesi persekolahan 2013.Kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Guru Besar yang baru iaitu Puan Yazibah binti Drahman yang mula melapor diri pada bulan Disember yang lalu.Juga kepada Encik Suhaili bin Suut yang menggantikan Encik Den bin Mos yang telah berpindah ke SK Mata Parang.Juga kepada ustazah pelatih j-QAF Cik Che Mursyidah...SELAMAT DATANG...WELCOME..AHLAN WASAHLAN...ALOHA...

Jumaat, Oktober 26, 2012

Majlis Perpisahan Guru Besar,Encik Yusop bin Putit

Bermula pada tahun 1997 berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Meranek,akhirnya pertukarannya ke SK Jalan Dato Mohd Musa terpaksa warga SK Meranek terima dengan hati yang berat...Seorang guru besar yang banyak memberi sumbangan kepada SK Meranek sehingga menerima anugerah Bai 'ah pada tahun 2011.Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga,sentiasa mendoakan agar beliau sentiasa sihat,diberkati,dipermudahkan segala urusan,dimurahkan segala-galanya dan selamat maju jaya dalam mentadbir sekolah baru....JASA MU DIKENANG....
PK 1,Puan Nora Hj Dewa menyampaikan cenderahati dari warga sekolah


Guru Besar dengan cenderahati daripada murid-murid dan guru-guru

Murid-murid bersalaman dengan guru besar


Kenangan......

Guru Besar,Cikgu Yusop menyampaikan ucapan terakhir,ucapan perpisahan....

Seminar Kecemerlangan Akademik dan Motivasi bersama PETRONAS..

Terima kasih PETRONAS...berlangsung pada 14 Julai 2012...

Gotong-royong sehari sebelum seminar
Pendaftaran peserta motivasi UPSR-peserta dipilih dari sekolah-sekolah berdekatan

Penceramah seminar keibubapaan -Mufti Negeri Sarawak ,Haji Kipli bin Yassin


Khyusuk mendengar ceramah motivasi

Pegawai dari Petronas sedang memberi ceramah tentang keselamatan tong gas

Cikgu Mir Hassan Abdullah ,antara penceramah motivasi Bahasa Melayu yang turut diundang.

Bertemu semula.......

Assalam... Banyaknya aktiviti yang berlangsung dan kesibukkan admin menyebabkan blog ini jarang di update...Untuk makluman semua banyak aktiviti yang telah berlangsung di SK Meranek sepanjang bulan Ogos hingga Oktober.Antaranya Program Motivasi UPSR bagi Murid Tahun 6,Seminar Kecemerlangan UPSR anjuran bersama Petronas dan PIBG,Sukan Tahunan Sekolah kali ke 23 dan yang terkini pertukaran Guru Besar,Cikgu Yusop Bin Putit ke SK Jalan Dato Mohd Musa,Kota Samarahan...
Perasmian Sukan Tahunan oleh YDP Encik Aziz bin Mohamad
Acara Tarik Tali....
Juara dimenangi oleh Rumah Inspira