Jumaat, November 27, 2009

Penerima Hadiah Anugerah Khas 2009

TAHNIAH DIUCAPKAN,SEMOGA ANDA SEMUA TERUS MAJU JAYA


Pelajar-pelajar penerima Hadiah Anugerah Khas 2009 SK Meranek
1. Pelajar Sahsiah Terbaik(Lelaki)-Ahmad Uzzair bin Mohamad
2.Pelajar Sahsiah Terbaik(Perempuan) - Fazliaton bt Saruji
3. Anugerah Khas Akademik - Mohd Khaleequzaman bin Sukeri
4. Anugerah Khas Kokurikulum (mewakili Negeri Sarawak ke Kedah /Bola Baling)
i. Azwan bin Mus
ii. Norlinda bt Sata
iii. Irnina Shahira bt Muhaini
5. Olahragawan Harapan - Abdul Rahman bin Taha
6. Olahragawati Harapan - Nur Afiqah Fitri bt Mohamad
7. Olahragawan 2009 - Azwan bin Mus
8. Olahragawati 2009 - Irnina Shahira bt Muhaini
9. Pelajar Contoh/Terbaik - Ahmad Uzzair bin Mohamad


Tetamu jemputan yang turut sudi memeriahkan majlis.

Guru Besar merakam kenangan bersama pelajar cemerlang UPSR
Ibubapa pelajar cemerlang tidak mahu ketinggalan merakam kegembiraan.


Murid-murid Prasekolah turut "graduate"



Kami pun mahu juga masuk blog!!!


Pelbagai warna bunga telur yang menambat hati


Kumpulan Tahtim Kpg Meranek memeriahkan majlis Khatamal Quran.
















MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SERTA KHATAM AL QURAN 2009

Sebagai menutup tirai sesi persekolahan 2009,Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil serta Khatamal Quran Beramai-ramai untuk murid Tahun 6 telah diadakan pada 21.11.2009(Sabtu) bertempat di Ruang Legar Bawah,SK. Meranek,Samarahan.Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Meranek sendiri iaitu Encik Mahmud Bin Pawi.

YDP PIBG,Encik Mahmud Bin Pawi

Seperti tahun-tahun yang lepas,majlis berlangsung dengan cukup meriah dimulai dengan perarakan peserta Khatamal Quran seramai 30 orang bermula dari Masjid Darul Ibadah Kpg Meranek ke sekolah.



Para peserta bergambar beramai-ramai






Ahad, November 22, 2009

Lagi....Aksi UPSR....

Yang berjaya..begitu gembira...yang gagal juga menitiskan air mata....

Buat pelajar yang disayangi..perjalanan hidupmu masih jauh,masih banyak liku yang perlu ditempuhi..masih penuh ranjau yang perlu dilalui..pesanan cikgu..jangan putus asa,walau apa jua rintangan selagi ada kemahuan di situ terbentang jalan...SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA...


AIRMATA AMIRUL..................

Suasana suka duka....

Bersalaman dengan guru....tanda ucapan terima kasih.

KEPUTUSAN UPSR 2009 DIUMUMKAN

Keputusan UPSR 2009 telahpun diketahui pada 19 hb November 2009 yang lalu.Secara keseluruhannya SK Meranek telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan dengan 23 daripada 33 orang calon telah memperolehi lulus penuh kesemua matapelajaran sekurang-kurangnya Gred C.Peratus keseluruhan sekolah ialah 69.69 peratus.Seramai 3 orang pelajar telah memperolehi keputusan 5A dan seorang 4A 1B.Semua guru merasa amat berbangga dengan pencapaian pelajar pada tahun ini ...keputusan yang tidak terduga dan itulah hadiah paling bermakna daripada pelajar Tahun 6 2009 kepada semua guru sebelum menutup tirai 2009.Tahniah di ucapkan ...


Pelajar yang berjaya mendapat 5A ialah Mohd. Khaleequzzaman bin Sukeri,Mohd. Zharif Zulfadli bin Anuar dan Fazliaton binti Saruji,manakala Ahmad Uzzair bin Mohamad berjaya memperolehi 4A 1B.
Antara aksi-aksi yang sempat dirakam semasa pengumuman keputusan oleh Cikgu Pawira...
Seronoknya Khaleeq apabila mendapat 5A....
Zharif tidak kurang seronok apabila mendapat keputusan 5A.



Tepukan gembira dengan kejayaan rakan-rakan....

Program Khatam Beramai-ramai

Empat orang pelajar telah terpilih ke Program tersebut yang berlangsung di Dewan Suarah ,Kota Samarahan pada 17 November 2009(Selasa).Pelajar tersebut ialah Ahmad Uzzair bin Mohamad dan Nur Hamizah bt Kassim dari Tahun 6 dan Muhd Nashrullah bin Amran dan Nur Zawani Izzati bt Hamzah datri Tahun 5.


Foto-foto yang sempat dirakam sebelum bertolak ke Dewan Suarah....




Ahad, November 08, 2009

Taklimat Untuk Murid Tahun Enam

AKTIVITI SELEPAS UPSR.............


Satu taklimat untuk murid-murid Tahun Enam telah diadakan pada 30.10.2009 yang lalu bertempat di Bilik Sains.Taklimat tersebut telah diberi oleh Penolong Kanan Petang SMK Kota Samarahan,Encik Keram Bin Haji Saini dan Guru Disiplin,Encik Pani Bin Aben.Tujuan taklimat tersebut antara lainnya adalah sebagai salah satu pengisian aktiviti murid Tahun 6 selepas UPSR.Juga bertujuan memberi gambaran awal kepada murid-murid tentang senario yang bakal mereka alami semasa di sekolah menengah nanti.Panduan tentang Peraturan Sekolah dan Disiplin telah diberi penekanan semasa taklimat tersebut.

Moga murid-murid di Tahun 6 SK Meranek tidak akan mendatangkan masalah di sekolah menengah yang menerima mereka nanti...Insyallah.

Beberapa foto yang sempat dirakam......


Encik Keram Haji Saini pernah menjadi Guru Besar SK. Meranek.
Taklimat oleh Guru Disiplin SMK Kota Samarahan,Encik Pani Bin Aben.
Murid-murid memberi perhatian mendengar penerangan dan taklimat.
Buat murid-murid Tahun 6...semoga anda semua menjadi insan berguna....