Jumaat, Mac 30, 2012

Pertandingan Bola Baling Daerah Samarahan 2012

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Samarahan telahpun berakhir dengan penuh meriah dan berjalan dengan lancar.Pada tahun ini,penyertaan dari sekolah-sekolah di sekitar Samarahan semakin bertambah iaitu 13 pasukan untuk Lelaki dan 9 pasukan untuk Perempuan.Pertandingan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 28 hingga 30 Mac 2012 di Padang Bola Baling,SK Meranek. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut: Kategori Lelaki : JOHAN - SK Mata Parang NAIB JOHAN - SK Tanjung Tuang KETIGA - SK Niup Kategori Perempuan : JOHAN - SK Meranek NAIB JOHAN - SK Tambirat Ketiga - SK Mata Parang

Isnin, Mac 26, 2012

UPDATE AKTIVITI TERKINI

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Samarahan akan berlangsung pada 27 hingga 29 Mac 2012 di Padang SK Meranek,Kota Samarahan. Pertandingan Bola Baling Peringkat Bahagian Samarahan pula akan berlangsung pada 3 hingga 4 April 2012 juga di Padang SK Meranek,Kota Samarahan. Sebarang keputusan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa...semoga penganjuran tahun ini akan berjalan dengan lancar...

Ahad, Mac 11, 2012

SELAMAT BERCUTI...

Selamat Bercuti buat semua guru dan murid SK Meranek.Buat murid-murid Tahun 6 jangan lupa Kelas Tambahan setiap hari dari pukul 0800 hingga 1000 pagi.Jaga keselamatan dan kesihatan anda...

Rabu, Mac 07, 2012

PUSAT SUMBER SK MERANEK BERWAJAH BARU

Warga SK Meranek cukup bertuah kerana sekumpulan pelajar dari UiTM telah memilih pusat sumber sekolah ini sebagai kerja projek mereka.Setelah 2 minggu bertungkus lumus membuat pembaharuan di pusat sumber ini,akhirnya pada 28 Februari 2012,perasmian pusat sumber tersebut telah dilakukan oleh PK 1 Puan Nora Haji Dewa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kumpulan pelajar tersebut atas daya usaha mereka yang cukup berbaloi...
Pusat Sumber SK Meranek yang semakin indah dan ceria...semoga semua murid dapat membantu menjaganya dan memanfaatkan untuk kegunaan bersama...

MINGGU UJIAN 1/PENGGAL 1

Semuga semua murid-murid SK Meranek berjaya dalam ujian yang dihadapi....
Murid-murid sedang khusyuk menjawap soalan ujian..Semoga Berjaya....

Selasa, Mac 06, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH SAMARAHAN

KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH SAMARAHAN....telah diadakan pada 27-28 Februari 2012 di Mini Stadium Samarahan.Biarpun tidak berjaya membawa pulang apa-apa pingat..namun yang penting adanya penyertaan oleh murid-murid kita....CUBA LAGI DI TAHUN HADAPAN...