Selasa, Januari 31, 2012

PERMULAAN TAHUN BARU YANG BAIK.....

Awal tahun selalunya begitu sibuk dengan aktiviti sukan peringkat daerah dan bahagian....Beberapa minggu lalu,SK Meranek telah menghantar wakil dalam dua aktiviti iaitu Pertandingan Merentas Desa yang berlangsung di SK(A) Ibnu Khaldun dan Pertandingan Badminton yang diadakan diGelanggang Golden Hawk,Kota Samarahan.


Sesuatu yang amat membanggakan kita,dalam Pertandingan Merentas Desa,SK Meranek telah muncul sebagai JOHAN KESELURUHAN....Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah iaitu Aeida Nurhafidzah bt Muhd Supian,Siti Hawa bt Ibrahin,Mohd Haiqal Hafiz bin Joni dan Muhd Burhanuddin Al Hakim bin Rozi.


Dalam acara badminton pula,pasukan bergu perempuan yang diwakili oleh Aini Maisarah bt Kassim dan Nur Ezzatul Husna bt Wadi telah berjaya merangkul Tempat yang Ketiga.


TAHNIAH....diucapkan kepada mereka yang telah mengharumkan nama SK Meranek.......









Guru Besar menyampaikan hadiah kepada wakil sekolah

Ahad, Januari 29, 2012

DATANG DAN PERGI...LUMRAH KEHIDUPAN....

Tidak terasa sudah 4 minggu sesi persekolahan 2012 kita jalani....masing-masing terlalu sibuk membuat semua persediaan,al maklum lah di awal-awal tahun banyak perkara yang semua guru terpaksa bereskan...Namun demikian,telah menjadi lumrah kehidupan dalam sejarah seorang pendidik,setelah berpuluh tahun menjadi lilin menerangi kehidupan insan yang bernama "anak murid"...cukup masa,maka alam persaraan akan datang juga.Pada tarikh 30.11.2011 yang lalu,tamat lah karier Puan Saadiah Binti Sahari sebagai guru kerana beliau telah membuat pilihan untuk bersara dalam bidang pendidikan.
Memang jasa seorang guru itu amat besar,tidak kan mampu seorang murid membayar ilmu yang dicurahkan dengan wang ringgit....untuk itu seluruh warga SK Meranek,Samarahan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Saadiah sepanjang beliau mengajar di sekolah ini...Jasamu guru tidak terbanding...dan semuga akan sentiasa bahagia dan sihat walafiat....

CIKGU SAADIAH BINTI SAHARI


Kami juga mengucapkan SELAMAT DATANG kepada dua orang guru iaitu Guru Pemulihan Khas ,Puan Ammy Stephen Nanyi dan juga seorang warga Kampung Meranek sendiri iaitu Puan Majanah Bt Haji Dillah......

MINGGU ORIENTASI-PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 /2012

Minggu Orientasi yang dijalankan selama 2 minggu untuk murid-murid Tahun 1/2012 telah pun berakhir.Majlis Penutupan minggu tersebut telah dilaksanakan pada 20 Januari 2012(Jumaat) dengan pengisian beberapa aktiviti seperti Sukaneka,Nyanyian,penyampaian hadiah kepada Murid Cemerlang Minggu Orientasi serta pelantikan watikah Ketua dan Penolong Ketua Kelas.




                                                               Acara Sukaneka


                                      Persembahan Nyanyian dan Chicken Dance.....


                                  Pelajar Terbaik Perempuan   - Norfify Idayu Binti Mortada


                                     Penyampaian hadiah oleh Guru Besar,En Yusop Bin Putit