Isnin, Ogos 24, 2015

Menjelang UPSR

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Beberapa hari lagi UPSR bakal berlangsung.Bagi calon-calon UPSR tahun 2015,kamu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.Kekalkan kata-kata motivasi dalam diri contohnya "Aku Yakin Boleh..Aku Pasti Boleh Dapat 5A"

Untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan murid-murid tahun 6.Pelbagai cara telah dijalankan seperti solat hajat dan bacaan doa dilakukan setiap pagi sebelum memulakan kelas.Program pecutan UPSR juga dijalankan setiap hari.





Selamat maju jaya diucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 yang menduduki UPSR tahun ini..

Ini la barisan tenaga pengajar dan murid-murid SK Meranek yang bakal menduduki UPSR tahun 2015.In sha Allah mereka akan mengharumkan nama sekolah.


**UPSR berlangsung pada  8,9 dan 10 September 2015

Khamis, Ogos 13, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015 (Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sk Meranek)

Assalamualaikum w.t.h
Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum Syawal menutup tirainya.Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.InshaAllah tahun depan umur panjang kita diperjodohkan sekali lagi dengan Bulan Syawal yang mulia.

Pada 31 Julai yg lepas bersamaan 15 Syawal 1436H, pihak sekolah telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri.Majlis bermula kira-kira 7.40pagi selepas bacaan Surah Yassin di surau sekolah.Murid-murid diminta membawa juadah seperti kuih-muih dan biskut untuk juadah mereka sendiri manakala guru-guru dan aks membawa juadah seperti lemang,satey,kuah satey,nasi,mee dan macam-macam lagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hamka B Jaya dan sedikit kata-kata aluan dari puan gurubesar Pn Yazibah Bt Drahman.Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu hari raya beramai-ramai dikalangan murid-murid dan guru.

Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Raja Dan Ratu Raya Sk Meranek dan pakaian sedondon dan terbaik khas untuk guru-guru.






















Ramai juga murid-murid berpakaian menarik dan nampak comel bila berpakaian bukan uniform sekolah







Diakhir majlis murid-murid dan guru-guru menjamu juadah yang telah dibawa.





#salamaidilfitri
#salamkosongkosong