Khamis, Ogos 13, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015 (Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sk Meranek)

Assalamualaikum w.t.h
Masih berbaki beberapa hari lagi sebelum Syawal menutup tirainya.Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.InshaAllah tahun depan umur panjang kita diperjodohkan sekali lagi dengan Bulan Syawal yang mulia.

Pada 31 Julai yg lepas bersamaan 15 Syawal 1436H, pihak sekolah telah mengadakan Ramah Tamah Aidilfitri.Majlis bermula kira-kira 7.40pagi selepas bacaan Surah Yassin di surau sekolah.Murid-murid diminta membawa juadah seperti kuih-muih dan biskut untuk juadah mereka sendiri manakala guru-guru dan aks membawa juadah seperti lemang,satey,kuah satey,nasi,mee dan macam-macam lagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Hamka B Jaya dan sedikit kata-kata aluan dari puan gurubesar Pn Yazibah Bt Drahman.Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu hari raya beramai-ramai dikalangan murid-murid dan guru.

Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Raja Dan Ratu Raya Sk Meranek dan pakaian sedondon dan terbaik khas untuk guru-guru.






















Ramai juga murid-murid berpakaian menarik dan nampak comel bila berpakaian bukan uniform sekolah







Diakhir majlis murid-murid dan guru-guru menjamu juadah yang telah dibawa.





#salamaidilfitri
#salamkosongkosong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan