Ahad, Januari 29, 2012

DATANG DAN PERGI...LUMRAH KEHIDUPAN....

Tidak terasa sudah 4 minggu sesi persekolahan 2012 kita jalani....masing-masing terlalu sibuk membuat semua persediaan,al maklum lah di awal-awal tahun banyak perkara yang semua guru terpaksa bereskan...Namun demikian,telah menjadi lumrah kehidupan dalam sejarah seorang pendidik,setelah berpuluh tahun menjadi lilin menerangi kehidupan insan yang bernama "anak murid"...cukup masa,maka alam persaraan akan datang juga.Pada tarikh 30.11.2011 yang lalu,tamat lah karier Puan Saadiah Binti Sahari sebagai guru kerana beliau telah membuat pilihan untuk bersara dalam bidang pendidikan.
Memang jasa seorang guru itu amat besar,tidak kan mampu seorang murid membayar ilmu yang dicurahkan dengan wang ringgit....untuk itu seluruh warga SK Meranek,Samarahan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Saadiah sepanjang beliau mengajar di sekolah ini...Jasamu guru tidak terbanding...dan semuga akan sentiasa bahagia dan sihat walafiat....

CIKGU SAADIAH BINTI SAHARI


Kami juga mengucapkan SELAMAT DATANG kepada dua orang guru iaitu Guru Pemulihan Khas ,Puan Ammy Stephen Nanyi dan juga seorang warga Kampung Meranek sendiri iaitu Puan Majanah Bt Haji Dillah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan