Khamis, September 17, 2015

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat arwah mantan Guru Besar Sk Meranek En Yusuf Bin Putit yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 September 2015 bersamaan 2 Zulhijjah 1436H 





Kenangan staff Sk Meranek bersama beliau.










Jumaat, September 04, 2015

Sekitar Majlis Solat Hajat dan Majlis Restu Ilmu untuk Calon UPSR 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

3 September 2015, Majlis solat hajat diadakan untuk calon UPSR 2015 dan ibubapa penjaga juga dijemput hadir.Majlis tersebut berlangsung diantara solat maghrib dan solat isya'.

Pada 4 September 2015 pula, Sk Meranek telah mengadakan majlis restu ilmu.Objektif utama majlis ini adalah untuk menzahirkan restu dah menghalalkan ilmu yang semua guru Sk Meranek telah curahkan serta penyataan doa dan harapan guru kepada calon UPSR tahun 2015 yang akan diduduki pada 8,9 dan 10 September 2015.

Calon UPSR 2015 dan semua warga pendidik Sk Meranek.
Cenderahati untuk semua guru sebagai kenangan dari semua pelajar Tahun 6 2015

Ucapan dan harapan serta doa dititipkan untuk calon UPSR dari GuruBesar Pn Yazibah Bt Drahman.









Senarai calon UPSR 2015

#selamat menduduki UPSR

Rabu, September 02, 2015

Sambutan Ambang Kemerdekaan Di Sk Meranek

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.
Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada semua pembaca blog Sk Meranek..Terima Kasih kerana membaca.

Pada 28 Ogos 2015 yang lepas sekolah kami telah menyambut Sambutan Ambang Kemerdekaan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan ambang kemerdekaan.
Sebelum majlis bermula bacaan Surah Yaasin dibaca beramai-ramai oleh murid-murid dan setelah semua pelajar mengambil tempat dan acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sauffi serta sedikit ucapan sempena kemerderkaan diucapkan oleh puan guru besar Puan Yazibah Bt Drahman 
 Seminggu sebelum menyambut majlis berlangsung,pertandingan mewarna sempena bulan kebangsaan telah diadakan dikelas masing-masing dari kelas prasekolah hingga ke kelas tahun 6.
Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Pakaian Merdeka oleh anak-anak Sk Meranek.Lebih nampak semangat kemerdekaan dalam jiwa anak-anak bila berpakaian berunsurkan bendera.





  


  Persembahan kior dari pelajar tahun 5 menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan tahun 2015 Sehati Sejiwa dan deklamasi sajak oleh pelajar tahun 4.
Majlis tambah berseri dengan sambutan hari jadi untuk pelajar dan guru yang mana mereka lahir dibulan Ogos.Selamat Hari Lahir untuk anak-anak Ogos.

Di akhir majlis laungan MERDEKA telah dilaungkan oleh Cikgu Pawira Bin Pom selaku pengerusi majlis pada hari tersebut.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!






 Anak-anak merdeka dan InshaAllah merekalah yang akan mewarisi kemerdekaan negara kita akan datang... Negaraku Malaysia..

Salam #sehatisejiwa