Rabu, September 02, 2015

Sambutan Ambang Kemerdekaan Di Sk Meranek

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.
Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada semua pembaca blog Sk Meranek..Terima Kasih kerana membaca.

Pada 28 Ogos 2015 yang lepas sekolah kami telah menyambut Sambutan Ambang Kemerdekaan.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan ambang kemerdekaan.
Sebelum majlis bermula bacaan Surah Yaasin dibaca beramai-ramai oleh murid-murid dan setelah semua pelajar mengambil tempat dan acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Sauffi serta sedikit ucapan sempena kemerderkaan diucapkan oleh puan guru besar Puan Yazibah Bt Drahman 
 Seminggu sebelum menyambut majlis berlangsung,pertandingan mewarna sempena bulan kebangsaan telah diadakan dikelas masing-masing dari kelas prasekolah hingga ke kelas tahun 6.
Majlis diserikan lagi dengan pertandingan Pakaian Merdeka oleh anak-anak Sk Meranek.Lebih nampak semangat kemerdekaan dalam jiwa anak-anak bila berpakaian berunsurkan bendera.





  


  Persembahan kior dari pelajar tahun 5 menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan tahun 2015 Sehati Sejiwa dan deklamasi sajak oleh pelajar tahun 4.
Majlis tambah berseri dengan sambutan hari jadi untuk pelajar dan guru yang mana mereka lahir dibulan Ogos.Selamat Hari Lahir untuk anak-anak Ogos.

Di akhir majlis laungan MERDEKA telah dilaungkan oleh Cikgu Pawira Bin Pom selaku pengerusi majlis pada hari tersebut.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!






 Anak-anak merdeka dan InshaAllah merekalah yang akan mewarisi kemerdekaan negara kita akan datang... Negaraku Malaysia..

Salam #sehatisejiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan