Ahad, November 22, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009 DIUMUMKAN

Keputusan UPSR 2009 telahpun diketahui pada 19 hb November 2009 yang lalu.Secara keseluruhannya SK Meranek telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan boleh dibanggakan dengan 23 daripada 33 orang calon telah memperolehi lulus penuh kesemua matapelajaran sekurang-kurangnya Gred C.Peratus keseluruhan sekolah ialah 69.69 peratus.Seramai 3 orang pelajar telah memperolehi keputusan 5A dan seorang 4A 1B.Semua guru merasa amat berbangga dengan pencapaian pelajar pada tahun ini ...keputusan yang tidak terduga dan itulah hadiah paling bermakna daripada pelajar Tahun 6 2009 kepada semua guru sebelum menutup tirai 2009.Tahniah di ucapkan ...


Pelajar yang berjaya mendapat 5A ialah Mohd. Khaleequzzaman bin Sukeri,Mohd. Zharif Zulfadli bin Anuar dan Fazliaton binti Saruji,manakala Ahmad Uzzair bin Mohamad berjaya memperolehi 4A 1B.
Antara aksi-aksi yang sempat dirakam semasa pengumuman keputusan oleh Cikgu Pawira...
Seronoknya Khaleeq apabila mendapat 5A....
Zharif tidak kurang seronok apabila mendapat keputusan 5A.



Tepukan gembira dengan kejayaan rakan-rakan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan