Ahad, November 08, 2009

Taklimat Untuk Murid Tahun Enam

AKTIVITI SELEPAS UPSR.............


Satu taklimat untuk murid-murid Tahun Enam telah diadakan pada 30.10.2009 yang lalu bertempat di Bilik Sains.Taklimat tersebut telah diberi oleh Penolong Kanan Petang SMK Kota Samarahan,Encik Keram Bin Haji Saini dan Guru Disiplin,Encik Pani Bin Aben.Tujuan taklimat tersebut antara lainnya adalah sebagai salah satu pengisian aktiviti murid Tahun 6 selepas UPSR.Juga bertujuan memberi gambaran awal kepada murid-murid tentang senario yang bakal mereka alami semasa di sekolah menengah nanti.Panduan tentang Peraturan Sekolah dan Disiplin telah diberi penekanan semasa taklimat tersebut.

Moga murid-murid di Tahun 6 SK Meranek tidak akan mendatangkan masalah di sekolah menengah yang menerima mereka nanti...Insyallah.

Beberapa foto yang sempat dirakam......


Encik Keram Haji Saini pernah menjadi Guru Besar SK. Meranek.
Taklimat oleh Guru Disiplin SMK Kota Samarahan,Encik Pani Bin Aben.
Murid-murid memberi perhatian mendengar penerangan dan taklimat.
Buat murid-murid Tahun 6...semoga anda semua menjadi insan berguna....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan